Uih..lme nye tak on9 blog nie.huhu.tp happy sbb dpt siapkan design t-shirt utk bowling.tak sangka leh gak aku wat.haha.syok sendiri jap.hehe.nak beremosi jap la.hehe.dh la tak beremosi nie.haha.sbb aku nie confused antara dua benda nie.percintaan atau persahabatan.ada beza ka.? ada sama ka.? jenuh keme dok memikio nye.tp zaman sekarang nie mcm2 leh jd.entah la.dunia2.
berbalik pada topik td.aku aku beberapa jawapan yg aku dpt dlam internet tentang topik nie.korang setuju atau tak saya tak tahu la.Kita renung-renungkan lah ye.
- Anugerah yang paling istimewa dan terindah bila kita memiliki seorang SAHABAT, satu JIWA yang boleh dipercayai sepenuhnya,yang mengetahui baik buruknya kita, menerima kekurangan dan kelemahan kita,mendampingi kita di kala kita kesusahan, TAPI bila CINTA hadir dalam diri adakah sahabat itu KEKAL di hati? adakah sahabat diINGATI? KATA seorang pujangga "CINTA ITU BERMAKNA DARI EMAS DAN PERMATA" cinta suatu PERASAAN yang sukar di mengerti. Susah untuk ditafsirkan melalui kata-kata tetapi mudah dipamerkan bila rasa BAHAGIA.
- Kekadang cinta itu datang dari persahabatan. Persahabatan itu adalah anugerah yang semua dapat rasakan, seorang sahabat akan kekal sebagai seorang sahabat di atas nama kasih sayang dan bukan cinta. Cinta itu adalah anugerah yang hanya engkau dan dia dapat rasakan, seorang cinta akan kekal sebagai cinta dia atas berbagai nama iaitu kasih sayang, suka, sedih, pilu, susah, senang dan sebagainya. Jika cinta itu datang dari persahabatan, anda amat beruntung kerana mengenali seorang sahabat yang mencintai anda, namun jikalau cinta itu terbatas kerana persahabatan anda juga masih beruntung kerana mengenali seorang sahabat yang sayang kan anda!
Menyintai seseorang tidak semestinya anda harus bahagia tetapi harus bersedia untuk bersedih, dan menyintai seseorang tidak semestinya kita mendapatnya kita harus belajar untuk biarkan ia pergi.
Bersahabat juga demikian, seorang sahabat harus berbahagia jika sahabatnya bahagia, menasihati sahabatnya dari yang jahat, sahabat tetap sahabat tidak kira kita ditusuk dari belakang, atau kita sedih ketika dia gembira kerana manusia itu tidak sempurna dan tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. - "Persahabatan"….Apa yang anda faham dengan perkataan ini? Bagi sesetengah orang mungkin kawan ibarat sebiji bola…Bila suka bola itu akan berada dalam genggaman…tapi bila dah tak suka kita boleh balingkan kepada orang lain…. Tapi bagi aku….kawan umpama macam cinta…ia sebahagian daripada nyawa dan jiwa…Tanpa kawan mana mungkin kita memahami erti persahabatan….
Cinta " apabila kita menggenggamnya terlalu kuat, ia akan mati…. jika kita menggenggamnya terlalu longgar maka ia akan pergi…"
Persahabatan juga umpama cinta….kasih dan sayang sentiasa ada… Tapi bukan semua orang menghargai sebuah persahabatan… Salah faham tue adat la kan… Tapi ada sesetengah orang yang tak mau bersama bila kita menghadapi kekusutan… wajarkah kita menganggap itu adalah persahabatan…
Demi sebuah persahabatan… kita sanggup meletakkan diri di tingkat yang paling bawah…..Bersedia meminta maaf andaikata kita bersalah atau tidak… Tapi sanggupkah kawan kita meletakkan dirinya di tingkat yang terbawah demi kita… Bukan semua orang mampu mengatasi ego diri mereka…
Kawan juga bagi aku perlu lebih terbuka… tapi sayangnya….apa yang dikata tidak dikota….Mungkinkah kita lupa? Janji yang pernah diucapkan…. Aku paling benci manusia yang hipokrit…. Bagi aku persahabatan umpama persaudaraan… Tapi mungkinkah kawan-kawan menganggap persahabatan umpama persaudaraan dan persahabatan sebahagian daripada nyawa, jiwa dan cinta?
So, apa pendapat korang.? Nak tahu apa jawapan dari aku plak.? Kene tunggu part yg ke-3 nye. sbb part ke-2 ade cerita pendek tentang Cinta & Persahabatan. Agak mengharukan la. huhu.
No comments:
Post a Comment